|
2 Julai 2005 : Bengkel Gubahan Hantaran & Mini Karnival Perkahwinan 
Buat julung kalinya, Primapersona Collections dan Chamida D'Jari Artz berganding bahu menjayakan Bengkel Gubahan Hantaran& Mini Karnival di Intekma Resort, Shah Alam.
Antara gubahan hantaran yang diajar kepada peserta ialah sirih junjung, bunga pinang, bunga dip dan mas kahwin.
Datin Noraini daripada Mawaddah Craft juga telah turut menjayakan aktiviti ini dengan menunjukkan cara-cara membuat bakul
dan bekas telur daripada kertas majalah.
Di masa yang sama, aktiviti lain yang turut berlangsung ialah Mini Karnival Perkahwinan. Di antara pengusaha-pengusaha
yang turut mengambil bahagian ialah Butik D'Kayangan (one stop bridal shop), Pretty Peektures (wedding photojournalist,
yang juga merupakan "penaja bersama" Bengkel Gubahan Hantaran & Mini Karnival ini), Saida Design (lakaran mehndi) dan
Morazza Entertainment (PA System/DJ). |